Wednesday, April 18, 2012

Dugaan Tetamu Alah swt - Part 1

Alhamdulillah...April 2010..saya sekeluarga berpeluang ke Tanah Suci sekali lagi.Syukur sesangat..w/pun pelbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa saya tempuhi dalam menguruskan umrah dan ziarah kami kali nie..Bermula dengan tempahan tiket online,mencari ajen di Tanah suci dan juga mencari travel ajen untuk menguruskan visa kami sekeluarga...semuanya saya dan hubby uruskan sendiri..

Satu pengalaman berharga buat saya dan hubby...jika dulu kami ikut group, semuanya senang jer..tiba masa kami berangkat..x perlu nak pk byk2.Tapi kali nie...masalah timbul bila Kedutaan Arab Saudi keluarkan syarat2 baru untuk mendapatkan visa umrah.Tiket semua dah confirm..tinggal ms kurang sebulan lg utk berlepas..pasport dan semua dokumen lain telah dihantar ke syarikat travel yg kami pilih..yg mampu untuk buatkan visa umrah sekali dengan visa ke jordan.Time nie mmg hati dah lega..sbb bg sy semua benda2 yg penting telah kami uruskan.

Satu hari, hubby baru jer parking kereta kat Tesco Taiping.Tangan saya baru nak bukak pintu kereta dan nak melangkah keluar.Tiba2 hp sy berdering..dr Sykt Travel yang menguruskan visa kami...Proses utk buat visa ada masalah!Kedutaan keluarkan syarat baru,disebabkan kami berurusan terus dengan ajen di Mekah, kami perlukan pengesahan hotel di Makkah dan Madinah.Perlu ada pengesahan dari Muassasah.Hotel tersebut pula perlu tersenarai di bawah kementerian haji di sana.Pening kepala saya dan suami.Kami perlu dapatkan voucher hotel di Mekah dan Madinah beserta dengan pengesahan Muassasah.

Masa semakin suntuk.Kami juga perlu menggunakan transport yg disediakan oleh Muassasah Sykt Travel tersebut.Bermakna kami kena batalkan penggunaan transport dgn ajen kami di Mekah dan Madinah.Jika keadaan memaksa.itulah yg akan kami ikut. Tgu catatan seterusnya yea..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...