Wednesday, May 22, 2013

Cara Buat Air Selusuh



Entri kali nie utk kegunaan sy juga di masa akan datang..mana tau di kurniakan rezki lagi oleh Allah swt.Mesti semua pernah dgr psl air selusuh nie kan..salah satu usaha utk memudahkan proses bersalin.

Air selusuh nie seelok-eloknya di buat menggunakan air zam-zam, kalo takde pun leh jugak guna air biasa, minyak zaitun dan jugak buah kismis atau kurma.

Masa kandungan pertama dulu, saya x tau apa2 pun psl air selusuh nie, pernah dengar jer..
hb start buat air selusuh masa saya pregnantkan Rayyan dan Sara.Selalu buat air dan jugak minyak.Air nie selalunya saya dah start minum bila usia kandungan dah masuk 7 bulan. Minyak plak   minum sesudu bila dah start sakit nak bersalin.

Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut marut.

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat Al-quran. Berikut ialah langkah membuat air selusuh.

Cara 1

  1. Al-Fatihah. 
  2. Surah al-Hasyr ayat 21.
  3. Selawat syifa (Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
  4. Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
  5. Sapukan air tau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
  6. Minyak selusuh perlu diminum sebnayak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.


Cara 2
  1. Beristighfar 3 kali
  2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabt dan para pengikutnya.
  3. AL- Fatihah 1 kali.
  4. Selawat 11 kali.
  5. Alam Nasyrah 7 kali.
  6. Al-Ikhlas 3 kali.
  7. Al-Falaq 3 kali.
  8. An Nas 3 kali.
  9. Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.

Cara 3
  1. Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
  2. Selawat Syifa 7 kali.
  3. Surah al Hasyr ayat 21, 3 kali.
  4. Surah Al-A'raa ayat 54, 3 kali.
  5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Sumber : Majalah Pa& Ma Mac 2009.


Saturday, May 18, 2013

29 weeks pregnancy and Hb low



Sekejap jer dah 29 weeks.Selasa lepas buat check up....Hb saya makin turun..bermula dari 11.6 , 10.7 ,9.8...last skali 9.1...huhu...dah teruks sgt nurse ckp...saya dah gelabah....x penah2 pun turun sampai 9 nie.

Padan ler lately asik rasa letih semacam jer..buat keje skit dah rasa penatt sgt..rupa2 nya ada yg x  kena.

Ubat pun dah bertambah satu lagi utk mlm...pastu nurse suh makan bayam,kerang,peria...utk bg naik skit Hb..puluh ler saya dok makan benda alah tu seminggu nie...isnin nie kena g cek darah lagi...harap2 naik laa..doa kan saya yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...