Monday, March 2, 2020




JANGAN TERLALU GHAIRAH MENCARI HOMESTAY MURAH DI CAMERON

Dah nak cuti sekolah kan! Mesg di Whatsapp pun bertalu-talu masuk..bertanya mengenai homestay..paling ramai bertanya mengenai homestay yang paling murah.
Kebiasaannya…utk permulaan saya akan reply dengan dengan pertanyaan tarikh serta utk berapa orang..sebenarnya utk memudahkan saya check kekosongan utk unit2 yang ada serta memberikan harga utk tarikh tersebut..sebabnya..harga juga bergantung kepada tarikh yang anda ingin buat tempahan..

Ada juga ramai yang pelik..kenapa harga weekdays lain…harga weekend lain..harga cuti sekolah lain..harga public holidays lain…The reason why…sbb demand and supply…
Demand utk weekdays tidak sama dengan demand untuk public holidays.Harga hotel2 pun macam tu..benda ni normal sebenarnya.

Beberapa kali juga bila saya bagitau harga..ada yang terus reply…MAHAL…bajet saya ..rm300 utk 2 malam…bajet saya Bawah rm400 utk 2 mlm..bajet saya Rm200 jer utk semalam…

Untuk pengetahuan semua..rate untuk bajet2 anda bukan tidak ada..ada tetapi bukan pada tarikh yang anda minta..bukan pada hot place yang anda mahukan..

Saya seringkali juga tawarkan apartment yang sesuai dengan bajet yang anda minta..tp ramai yang menolak sbb mahukan Apartment di Barrington Square..depan Pasar Malam, senang katanya untuk jalan kaki..x perlu susah2 cari tempat parking..request yang balkoni mengadap pasar malam.

Di situ kita boleh Nampak..ciri2 yang anda mahukan..kemudahan yang anda ingin nikmati..dan semestinya  ada sesuatu harga yg perlu anda bayar utk dapatkan menikmati semua itu….

Ramai juga yang post dengan harga2 tertentu di group2 Cameron..dan untuk musim cuti2 sekolah / hot2 date seperti public holiday..sebenarnya scammer sedang mencari mangsa. Titik tolak daripada sinilah..akan terjadi nya…bila sampai di Cameron..baru anda sedar anda tertipu..dah sampai di Apartment..call owner x jawab..deposit dan bank in…benda ni jadi yea..Kes terbaru juga…jika anda perasan..ada yang post di Group Cameron…bertanyakan rate bawah rm300 utk 2 mlm pada musim cuti sekolah di area Golden Hills..depan Pasar Malam…ada yg offer katanya..sejujurnya itu adalah scammer..

Dan kebiasaannya rate utk apartment di Barrington Square sekitar rm250 – rm 400 semalam ( utk studio unit 1 blk – apartment 3 blk) utk teres area Golden Hills sekitar rm550-rm600 semalam jika saya x silap..

Apartment 3 bilik di Tanah Rata pula..terutamanya Apartment Cameron Jaya yang ada lif ..kebiasaannya Rate utk cuti sekolah sekitar Rm250 –Rm330 semalam…ini pun bergantung kpd block mana juga yea..sbb Block B lebih besar daripada Block C.

Jadi berhati2 yea…sekadar perkongsian supaya anda semua dpt datang bercuti dengan seronok..gembira..kesian bila ada yang call malam2..still Tanya homestay….padahal dan booking..tapi kena tipu…jadi janganlah terlalu ghairah mencari yang murah…berpada2…kita datang bercuti bkn setiap minggu..bkn juga setiap bulan…buat persediaan yang cukup..Kami pun sbg owner bukan sesuka hati nak letak harga mahal2…tapi kalau dah sewa bulanan pun Rm1500++  utk  sebulan…hmmmm..

Utk tempahan homestay depan Pasar Malam..boleh wasap sy yea
Ida @ www.wasap.my/60194054078

Sunday, March 1, 2020






Sejak bila pulak yea suka menanam pokok ni??

Sejak ada tanah  kat belakang rumah tu..macam luas benar tanahnya pun..haha..
Boleh laa...memula pindah sini dulu..bercucuk tanam jugakk..tapi haram nak hidup nyer..tapi lama-lama menggali sedikit demi sedikit ilmu bercucuk tanam ni..alhamdulillah..ada jugak hasilnya.

Memula kita start tanam tanaman asas2 yang guna kat dapur jer...
Daun pandan,serai,kunyit,halia,lengkuas...geram sangat kalau beli kat pasar ,gunanya sikit jer..letak dalam peti ais...lama2 kan dah keras ler..daun pun sampai kering2...last2 ditongsampahkan jugak semua tu....

Apa lagi..jom tanam sendiri..senangkan nak masak...petik jer blakang rumah...

Monday, February 17, 2020

JALAN2 MENUJU CAMERON HIGHLANDS

Sebagai seorang owner homestay di Cameron..antara SOALAN YANG SERING SAYA TERIMA….

“Naik ikut jalan mana yg ok yea..Simpang Pulai ker Tapah?”

Bagi pengunjung yang first time nak bercuti ke Cameron..mungkin ini antara soalan yang berlegar di kepala masing-masing yea..Masih berkira-kira untuk memilih laluan yang terbaik untuk percutian mereka.
Okey..di sini saya share maklumat sikit yea…
Sebenarya ada 4 laluan untuk anda naik ke Cameron yea..

1) Melalui Tapah –Ringlet-Tanah Rata
Jika anda dari Kuala Lumpur,anda akan melalui susur keluar Tol Tapah. Dari Tapah ke Cameron,jaraknya lebih kurang 58.6km yang memakan masa 1 jam 31 minit.
Apabila anda memilih untuk melalui jalan ini..maka bersedia untuk mengharungi segala cabaran yea.Jalannya agak sempit dan bengkang bengkok.Macam ular kena palu.Bagi anda yang rasa tak tahan dengan jalan sebegini..eloklah sediakan plastik muntah atau apa-apa jua persediaan yang sewaktu dengannya yea.Jika boleh elakkan melalui jalan ini di waktu malam..melainkan jiwa anda betul-betul kental.

2) Melalui Simpang Pulai –Kg Raja – Tringkap – Brinchang – Tanah Rata
Ini pula laluan yang akan di lalui oleh pengunjung dari arah Utara atau Timur.Anda akan melalui Tol Simpang Pulai untuk naik ke Cameron.Jarak dari Simpang Pulai ke Cameron ialah 79.7km yang mengambil masa lebih kurang 1jam 39 minit.
Laluan ini lebih selesa kerana kurang bengkang –bengkoknya dan jalan juga agak luas serta kurang berbukit.Ramai antara pengunjung memang memilih jalan ini untuk ke Cameron.

3) Melalui Gua Musang – Tanah Tinggi Lojing –Blue Valley – Kg Raja
Laluan ini pula bagi pengunjung yang datang dari arah Pantai Timur terutama Kelantan.Jarak antara laluan Gua Musang ke Cameron kira-kira 2jam 7 minit dengan jarak sejauh 123km.
Jika melalui jalan ini anda akan menempuhi beberapa pos orang asli.Pengunjung juga akan mendaki Tanah Tinggi Lojing dan melalui kawasan tanaman sayur di Blue Valley.


4) Melalui Raub – Felda Sg Koyan – Ringlet – Tanah Rata
Laluan ini mengambil masa kira-kira 2 jam 15 min dengan jarak sejauh 144km.
Merupakan jalan utama bagi pengunjung dari Pahang.Melalui jalan ini anda kurang mendaki dan kurang selekoh tajam.Tetapi anda perlu juga berhati-hati kerana jalan ini banyak melalui kawasan hutan.Jalan dari Felda Sg Koyan ke Ringlet juga agak lengang.Tetapi jalannya agak lebar.Jalan ini juga agak sukar untuk mendapat talian telefon yea.
Dan utk penginapan di CAMERON...boleh wasap saya yea..
Pn Ida @ www.wasap.my/60194054078

BUKU 500 VOCABULARY







Tak tahu cara terbaik untuk bantu anak anda yang lemah Bahasa Inggeris??Buku ini mampu membantu pelajar dan ibu bapa untuk menguasai Bahaasa Inggeris.
Dengan harga Rm35 (tidak termasuk kos pos) anda akan dapat 2 buah buku seperti gambar di atas..Buku yg besar ada words..dan buku kecil tu visual dictionary yea..berbaloi2 kan....

(Vocabulary)
▶ 170 common nouns
▶ The 140 most frequent verb
▶ 80 opposite words
(Grammar)
▶ Present tense
▶ Past tense
▶ Articles
▶ Demonstrative adjectives
▶ Personal pronuons
▶ WH-questions
3 Extra / Bonus Interesting Topics
▶ Occupation
▶ Emotions
▶ Proverbs
▶ Other words to say for phrases you use every day
✅ 100% muka surat berwarna warni & ilustrasi sangat ceria
Harga: RM35.00
Bilangan Muka Surat: 123 m/s (500 vocab buku besar)
                                48 m/s (500 Children’s Visual Dictionary)

Untuk sebarang pertanyaan/tempahan boleh wasap sy..www.wasap.my/60194054078

Saturday, February 15, 2020

I'm back...

Assalamualaikum.

Lamanya bersarang blog ni...daripada anak 3 dah sampai anak 5 sekarang..hahaha...bayangkan lah berapa lama menyepi...And now..I'm back..semangat untuk menulis berkobar-kobar ni..entah lah dari mana datang spirit tu....tetiba rasa nak menulis dan terusss menulis..harapnya tidak sekadar angan-angan sahaja.Doakan yea...dek kerana kesibukan dan juga pelbagai dugaan yang telah saya lalui ..membataskan saya untuk menulis.Mungkin juga semangat tu Allah campakkan kembali..kerana saya minatt menulis..membaca..biarpun cuma sedikit.

Banyak sebenarnya yang nak saya kongsikan..kisah,perjalanan ,dugaan ..rasanya semua saya nak coretkan di sini..moga akan menjadi realiti nnt.

Doakan saya agar dapat terus menulis coretan di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...