Showing posts with label Homestay. Show all posts
Showing posts with label Homestay. Show all posts

Monday, March 2, 2020




JANGAN TERLALU GHAIRAH MENCARI HOMESTAY MURAH DI CAMERON

Dah nak cuti sekolah kan! Mesg di Whatsapp pun bertalu-talu masuk..bertanya mengenai homestay..paling ramai bertanya mengenai homestay yang paling murah.
Kebiasaannya…utk permulaan saya akan reply dengan dengan pertanyaan tarikh serta utk berapa orang..sebenarnya utk memudahkan saya check kekosongan utk unit2 yang ada serta memberikan harga utk tarikh tersebut..sebabnya..harga juga bergantung kepada tarikh yang anda ingin buat tempahan..

Ada juga ramai yang pelik..kenapa harga weekdays lain…harga weekend lain..harga cuti sekolah lain..harga public holidays lain…The reason why…sbb demand and supply…
Demand utk weekdays tidak sama dengan demand untuk public holidays.Harga hotel2 pun macam tu..benda ni normal sebenarnya.

Beberapa kali juga bila saya bagitau harga..ada yang terus reply…MAHAL…bajet saya ..rm300 utk 2 malam…bajet saya Bawah rm400 utk 2 mlm..bajet saya Rm200 jer utk semalam…

Untuk pengetahuan semua..rate untuk bajet2 anda bukan tidak ada..ada tetapi bukan pada tarikh yang anda minta..bukan pada hot place yang anda mahukan..

Saya seringkali juga tawarkan apartment yang sesuai dengan bajet yang anda minta..tp ramai yang menolak sbb mahukan Apartment di Barrington Square..depan Pasar Malam, senang katanya untuk jalan kaki..x perlu susah2 cari tempat parking..request yang balkoni mengadap pasar malam.

Di situ kita boleh Nampak..ciri2 yang anda mahukan..kemudahan yang anda ingin nikmati..dan semestinya  ada sesuatu harga yg perlu anda bayar utk dapatkan menikmati semua itu….

Ramai juga yang post dengan harga2 tertentu di group2 Cameron..dan untuk musim cuti2 sekolah / hot2 date seperti public holiday..sebenarnya scammer sedang mencari mangsa. Titik tolak daripada sinilah..akan terjadi nya…bila sampai di Cameron..baru anda sedar anda tertipu..dah sampai di Apartment..call owner x jawab..deposit dan bank in…benda ni jadi yea..Kes terbaru juga…jika anda perasan..ada yang post di Group Cameron…bertanyakan rate bawah rm300 utk 2 mlm pada musim cuti sekolah di area Golden Hills..depan Pasar Malam…ada yg offer katanya..sejujurnya itu adalah scammer..

Dan kebiasaannya rate utk apartment di Barrington Square sekitar rm250 – rm 400 semalam ( utk studio unit 1 blk – apartment 3 blk) utk teres area Golden Hills sekitar rm550-rm600 semalam jika saya x silap..

Apartment 3 bilik di Tanah Rata pula..terutamanya Apartment Cameron Jaya yang ada lif ..kebiasaannya Rate utk cuti sekolah sekitar Rm250 –Rm330 semalam…ini pun bergantung kpd block mana juga yea..sbb Block B lebih besar daripada Block C.

Jadi berhati2 yea…sekadar perkongsian supaya anda semua dpt datang bercuti dengan seronok..gembira..kesian bila ada yang call malam2..still Tanya homestay….padahal dan booking..tapi kena tipu…jadi janganlah terlalu ghairah mencari yang murah…berpada2…kita datang bercuti bkn setiap minggu..bkn juga setiap bulan…buat persediaan yang cukup..Kami pun sbg owner bukan sesuka hati nak letak harga mahal2…tapi kalau dah sewa bulanan pun Rm1500++  utk  sebulan…hmmmm..

Utk tempahan homestay depan Pasar Malam..boleh wasap sy yea
Ida @ www.wasap.my/60194054078

Monday, February 17, 2020

JALAN2 MENUJU CAMERON HIGHLANDS

Sebagai seorang owner homestay di Cameron..antara SOALAN YANG SERING SAYA TERIMA….

“Naik ikut jalan mana yg ok yea..Simpang Pulai ker Tapah?”

Bagi pengunjung yang first time nak bercuti ke Cameron..mungkin ini antara soalan yang berlegar di kepala masing-masing yea..Masih berkira-kira untuk memilih laluan yang terbaik untuk percutian mereka.
Okey..di sini saya share maklumat sikit yea…
Sebenarya ada 4 laluan untuk anda naik ke Cameron yea..

1) Melalui Tapah –Ringlet-Tanah Rata
Jika anda dari Kuala Lumpur,anda akan melalui susur keluar Tol Tapah. Dari Tapah ke Cameron,jaraknya lebih kurang 58.6km yang memakan masa 1 jam 31 minit.
Apabila anda memilih untuk melalui jalan ini..maka bersedia untuk mengharungi segala cabaran yea.Jalannya agak sempit dan bengkang bengkok.Macam ular kena palu.Bagi anda yang rasa tak tahan dengan jalan sebegini..eloklah sediakan plastik muntah atau apa-apa jua persediaan yang sewaktu dengannya yea.Jika boleh elakkan melalui jalan ini di waktu malam..melainkan jiwa anda betul-betul kental.

2) Melalui Simpang Pulai –Kg Raja – Tringkap – Brinchang – Tanah Rata
Ini pula laluan yang akan di lalui oleh pengunjung dari arah Utara atau Timur.Anda akan melalui Tol Simpang Pulai untuk naik ke Cameron.Jarak dari Simpang Pulai ke Cameron ialah 79.7km yang mengambil masa lebih kurang 1jam 39 minit.
Laluan ini lebih selesa kerana kurang bengkang –bengkoknya dan jalan juga agak luas serta kurang berbukit.Ramai antara pengunjung memang memilih jalan ini untuk ke Cameron.

3) Melalui Gua Musang – Tanah Tinggi Lojing –Blue Valley – Kg Raja
Laluan ini pula bagi pengunjung yang datang dari arah Pantai Timur terutama Kelantan.Jarak antara laluan Gua Musang ke Cameron kira-kira 2jam 7 minit dengan jarak sejauh 123km.
Jika melalui jalan ini anda akan menempuhi beberapa pos orang asli.Pengunjung juga akan mendaki Tanah Tinggi Lojing dan melalui kawasan tanaman sayur di Blue Valley.


4) Melalui Raub – Felda Sg Koyan – Ringlet – Tanah Rata
Laluan ini mengambil masa kira-kira 2 jam 15 min dengan jarak sejauh 144km.
Merupakan jalan utama bagi pengunjung dari Pahang.Melalui jalan ini anda kurang mendaki dan kurang selekoh tajam.Tetapi anda perlu juga berhati-hati kerana jalan ini banyak melalui kawasan hutan.Jalan dari Felda Sg Koyan ke Ringlet juga agak lengang.Tetapi jalannya agak lebar.Jalan ini juga agak sukar untuk mendapat talian telefon yea.
Dan utk penginapan di CAMERON...boleh wasap saya yea..
Pn Ida @ www.wasap.my/60194054078

Sunday, October 4, 2015

Lokasi Baru Homestay Puncak Kasih






Setelah genap setahun, Homestay Puncak Kasih telah berpindah ke Taman Royal Lily , Tanah Rata.Mula beroperasi dengan rasminya di lokasi baharu pada 1 Oktober  2015.

Kenapa pindah yea !!...

Untuk memberikan lebih keselesaan kepada tetamu-tetamu Homestay Puncak Kasih.

Lokasi sebelumnya ialah di Carnation Park.Homestay di tingkat 3.
Tapi berpindah ke tingkat 2 di Taman Royal Lily.Turun 1 tingkat okeh.

Sebelumnya cuma ada 1 bilik air.
sekarang ada bilik air dan bilik mandi yang berasingan.

Dulunya tempat parking cuma 1, jadi masalah sedikit kepada tetamu yang datang lebih drp 1 kereta.
Sekarang...pilih saja tempat parking yang anda rasa selesa..sebab tempat parkingnya lebih terbuka.

Wah..wah...byk betul kemudahan /penambahbaikan drp kami..khas untuk tetamu2 kami.Nanti2 sy citer lg yea..

Thursday, August 20, 2015

Homestay Cameron Highlands









Assalamualaikum ...

Banyak sangat sebenarnya nak kena touch up balik blog ni. Segala jenis sawang dan sampah sarap perlu dibersihkan dari sini. Banyak benda kena update sebenarnya.

Tapi sebelum tu..nak promote skit Homestay kami kat Cameron.

Alhamdulillah..Homestay nie dah mula beroperasi sejak tahun lepas..sadisnya baru sekarang sempat nak update kat blog..takpe lah..baru diizinkanNya.

Story skit pasal homestay nie..terletak di area Carnation Park, Tanah Rata.
Kemudahan yang disediakan :
Water Heater
Peti ais
Dapur serta kelengkapan asas
Tv(njoi)
Iron
Rice cooker,Toaster

Harga:
Rm150 utk hari biasa
Rm 200 utk hujung minggu
Rm250 utk cuti sekolah dan cuti umum.

Berminat:boleh sms/call/whatsapp
Sila Hubungi saya :Pn Ida 0194054078
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...