Sunday, March 31, 2013

Dugaan..Hidung Rayyan yg Berdarah..

Sebulan lamanya menyepi....balik dari umrah sebulan lepas, ambil masa jugak utk kembali ke normal..dengan badan yg keletihan dan beberapa dugaan yg dihadapi membuatkan saya terpaksalah membiarkan blog nie dengan semak samun sekejap.

Berbalik kepada tajuk entri....dugaan betul untuk saya dan keluarga...hidung Rayyan yang berulang kali berdarah sekembalinya kami dari umrah.Saya mmg panik betul tagk darah mengalir keluar dr hidung Rayyan.Saya bawak ke hospital kerajaan, doc cakap..macam ada ketumbuhan dlm hidung dia..Ya Allah...berdegup jantung saya..rasa nak nangis kat situ jer..tapi dia cakap x sure lagi..kena jumpa doc pakar.

Buat appoinment 12hb  April..uishh..lama tu..naya kalau asik berdarah, hati saya pun x tenteram. Besoknya, saya suh Hb mintak ref.letter dr Hospital utk terus di bawa ke Taiping.Hari Isnin lepas lah kami terus ke Klinik Pakar ENT  Hospital Taiping.

Nasib baik org x ramai sgt..tunggu pun x lama..cumanya kesian betul saya tengok Rayyan masa cek hidung tu..ntah benda apa di guna alatnya di masukkan dalam hidung..ntah berapa kali bersin...cam besi kecik di dipusing2 dlm hidung..nampak laa kat skrin  ada luka. Sampai nak terkencing si Rayyan...trus saya ckp kat nurse tu..nak keluar di toilet.Padahal saya pun x sanggup dah nak tengok Rayyan sakit.

Bila keluar dari toilet, Rayyan dah x nak masuk dah bilik tu...dia cakap nak balik...sayu betul hati...sib baik jumpa doc kat bilik lain pulak...Bila jumpa doc, dia cakap bukan ketumbuhan, dia allergic dan x leh minum ais atau sejuk2 laa..




 
Pastu dia bagi ubat Nasonex Nasam Spray dan ubat selsema.Yang memusykilkan saya, doc cakap ubat spray tu mengandungi steroid, kena guna berterusan jugak , kalau tiba2 stop, mungkin akan jadi lebih teruk lagi.Takut ler pulak sy dengar doc nie cakap.Dan kami kena datang lagi bln 11 nanti.Saya tanya doc tu, sampai bila kena guna spray tu..dia ckp samapi jumpa lagi bln 11 nie..mak aiii..lamanaya...Bila dah amik ubat kat Farmasi, dia bgtau, kalo habis spray tu kena datang amik lagi.Kena spray kat hidung tiap2 pagi.

Pastu bincang ngan Hb, risau jugak saya nak guna ubat nie..naya kalau ada side effect yg pelik2...dah ler anak kecik lagi...last2 kami decide pegi klinik kat Bagan Serai..klinik swasta yg selalu kami pegi.Dari Taiping terus ke Bagan Serai plak.

Sampai klinik, doc cakap mmg lah Rayyan nie allergic skit, dinding hidung dia x kuat, itu pasal ada luka...mmg kena jaga2 lah, x leh terjatuh teruk2..mudah terluka..xde ketumbuhan apa2 pun...pastu dia bagi ubat allergic..ngan ubat utk kuatkan dinding hidung. Alhamdulillahh pas makan ubat2 tu, dah x berdarah dah...cuma saya lebih hati2 jaga pergerakan dia. Dan ubat sparay tu saya x guna pun...betul ker tindakan saya nie???

Saya cuma risaukan kesan sampingan bila guna spray tu...doa saya moga Rayyan akan sentiasa sihatt...minta Allah jauhkan drp segala penyakit yang berbahaya.Tak sanggup betul bila tengok anak sakit...

2 comments:

  1. ohw..alahai..
    ni la kan gaya membesarkan anak2..ada saje dugaannya sementara mereka nak membesar ni kan..

    jangan risau,saya rasa tindakan ida betul tentang ubat pertama tu.kalau saya pun,saya dapatkan 2nd opinion dari doc lain.
    pada saya,kita ikut instinct kita sebagai ibu.kalau kita tak yakin,jangan guna.kalu yakin,baru kita guna ubatnya.

    lain doc lain ajarannya.samalah saya.saya akan double cek kalau saya ragu2..

    mudahan cepat sembuh ye rayyan

    ReplyDelete
  2. tq ash...itu lah cam2 dugaan dlm nak besarkan anak2 nie..hmm..kamo ragu2 mmg kena cari solution lain jugak kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...