Monday, March 26, 2012

Cameron 2012 - Part 1



Cuti sekolah baru2 nie..sempat jugak kami sekeluarga besar ke Cameron Highlands.Best sesangat dapat jalan2 hilangkan tension.

Hari Khamis time cuti sekolah hari tu kami ke rumah Abang Long saya.Semua nya berkumpul kat sana sebelum keesokkannya bertolak konvoi ke Cameron.Malam Jumaat tu Abang Long buat makan2 sikit sempena pindah rumah barunya.

Yang bestnyer buat anak2 dan jugak 'abah anak' dapat berendam kat pool rumah Abang long tu. Budak2 nie bukan main lagi lah bila jumpa air.Abah pun sama yea..sesambil jaga anak..sesambil berenang gaya bebass...



Ini haa..Sara pun turut sama dikerjakan oleh abah...Rayyan pun sampai kesejukan main air..Abang Iman lagi laa...tak sempat nak makan..asik nampak pool nie jerr..sampai malam2 pun berendam lagi dengan Kakak Didi dan Abang Asim yea...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...