Monday, February 17, 2020

JALAN2 MENUJU CAMERON HIGHLANDS

Sebagai seorang owner homestay di Cameron..antara SOALAN YANG SERING SAYA TERIMA….

“Naik ikut jalan mana yg ok yea..Simpang Pulai ker Tapah?”

Bagi pengunjung yang first time nak bercuti ke Cameron..mungkin ini antara soalan yang berlegar di kepala masing-masing yea..Masih berkira-kira untuk memilih laluan yang terbaik untuk percutian mereka.
Okey..di sini saya share maklumat sikit yea…
Sebenarya ada 4 laluan untuk anda naik ke Cameron yea..

1) Melalui Tapah –Ringlet-Tanah Rata
Jika anda dari Kuala Lumpur,anda akan melalui susur keluar Tol Tapah. Dari Tapah ke Cameron,jaraknya lebih kurang 58.6km yang memakan masa 1 jam 31 minit.
Apabila anda memilih untuk melalui jalan ini..maka bersedia untuk mengharungi segala cabaran yea.Jalannya agak sempit dan bengkang bengkok.Macam ular kena palu.Bagi anda yang rasa tak tahan dengan jalan sebegini..eloklah sediakan plastik muntah atau apa-apa jua persediaan yang sewaktu dengannya yea.Jika boleh elakkan melalui jalan ini di waktu malam..melainkan jiwa anda betul-betul kental.

2) Melalui Simpang Pulai –Kg Raja – Tringkap – Brinchang – Tanah Rata
Ini pula laluan yang akan di lalui oleh pengunjung dari arah Utara atau Timur.Anda akan melalui Tol Simpang Pulai untuk naik ke Cameron.Jarak dari Simpang Pulai ke Cameron ialah 79.7km yang mengambil masa lebih kurang 1jam 39 minit.
Laluan ini lebih selesa kerana kurang bengkang –bengkoknya dan jalan juga agak luas serta kurang berbukit.Ramai antara pengunjung memang memilih jalan ini untuk ke Cameron.

3) Melalui Gua Musang – Tanah Tinggi Lojing –Blue Valley – Kg Raja
Laluan ini pula bagi pengunjung yang datang dari arah Pantai Timur terutama Kelantan.Jarak antara laluan Gua Musang ke Cameron kira-kira 2jam 7 minit dengan jarak sejauh 123km.
Jika melalui jalan ini anda akan menempuhi beberapa pos orang asli.Pengunjung juga akan mendaki Tanah Tinggi Lojing dan melalui kawasan tanaman sayur di Blue Valley.


4) Melalui Raub – Felda Sg Koyan – Ringlet – Tanah Rata
Laluan ini mengambil masa kira-kira 2 jam 15 min dengan jarak sejauh 144km.
Merupakan jalan utama bagi pengunjung dari Pahang.Melalui jalan ini anda kurang mendaki dan kurang selekoh tajam.Tetapi anda perlu juga berhati-hati kerana jalan ini banyak melalui kawasan hutan.Jalan dari Felda Sg Koyan ke Ringlet juga agak lengang.Tetapi jalannya agak lebar.Jalan ini juga agak sukar untuk mendapat talian telefon yea.
Dan utk penginapan di CAMERON...boleh wasap saya yea..
Pn Ida @ www.wasap.my/60194054078

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...